Cara Nak Booking atau Tempah Hotel Di Mekah

1:39 PG

Cara Nak Booking atau Tempah Hotel Di Mekah

Laman ini saya bina khas untuk membincangkan dan mengutarakan bagaimana cara-cara nak booking atau tempah hotel penginapan kita di haramaian atau lebih di mekah dan juga madinah.

Kita akan membahaskan bagaimana untuk menempah hotel penginapan kita melalui online.Mudah cepat dan yang penting selesa dan tidak menganggu urusan ibadah sunnah dan wajib.
Cara Nak Booking atau Tempah Hotel Di Mekah


Perkara perlu diambil perhatian semasa proses nak tempah/booking hotel penginapan di mekah/madiah

Budget

Pertama sekali untuk tempah hotel harus ada peruntukkan belanja istilah sekarang budget.Budget ni perlu ada.

Jumlah

Jumlah ni macam berapa katil untuk satu bilik.Katakan kita pergi ke mekah bagi mengerjakan ibadah umrah,seramai 3 orang,iaitu suami isteri dan seorang anak.Maka jumlah adalah 3 orang.Maka katil yang dipilih mestilah 2 katil sebilik (anak mungkin boleh berkongsi jika anak masih kecil) jika anak sudah dewasa maka bilangan katil sebaiknya 3 katil sebilik atau kita boleh menempah 2 bilik berasingan mengikut pilihan masing-masing.

Jarak

Jarah hotel pun memainkan peranan penting.Pilihlah jarak yang sesuai dengan kita bergantung kepada keadaan kesihatan kita dan keadaan kewangan kita.Jika sihat keduanya,maka pilihlah yang dekat dengan masjidil haram.

Jika pun tidak berkesempatan mendapatkan jarak yang dekat (kerana penuh terutama musim cuti sekoalah di saudi),maka pilihlah apa adanya.Namun,pilihlah hotel yang mesra warga emas (jika kita membawa warga emas,yang ada kemudahan-kemudahan untuk mereka yang sudah lanjut usia seperti lift,kerusi roda (bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk berjalan jauh,yang sakit atau sebagainya pasti memelukan kerusi roda yang disediakan pihak penginapan kita boleh pinjam tertakluk sesetengah hotel).

Permandangan

Yang ini cuma pilihan sahaja.Ada sesetengah hotel yang dekat dengan masjidil haram,terdapat biliknya dikenali dengan nama 'Haram View' iaitu 'bilik yang mengadap atau mempunyai permandangan masjidil haram.Kelebihan bilik ini,kita boleh melihat masjidil haram atau juga boleh melihat kaabah dari dalam bilik kita dan melihat aktiviti jemaah yang lain siang mahupun malam.

Memang syahdu permanganan itu.Kota yang tidak akan tidur siang mahupun malam.Memang akan tidak pernah lekang dek jemaah melakukan ibadah.

Pada perkongsian yang lain kelak,akan saya ulas tentang hotel-hotel dan tempat penginapan yang ada di sekitar haramain atau pun mekah dan madinah.Dengan perkongsian ini,inn syaAllah dapat memudahkan pengetahuan kita menempah/booking tempat penginapan disepanjang perjalanan ibadah kita terutama bagi yang pertama kali ke tanah suci.

Contoh penginapan di mekah dan madinah ada disini (Klik link).Terdapat banyak pilihan tempat menginap kita.Di situ kita cuma pilih sahaja mana yang kita sesuai.

Jazzakallahu khairan khatira.

You Might Also Like

0 ulasan

Blogged.my

Like us on Facebook