Panduan Bagasi Dalam Pesawat
5:33 PG
Assalamualaikum kepada para bakal jemaah haji ataupun umrah.Itu doa-doa untuk diri sendiri dan pembaca laman ini.
Sudah agak lama juga saya tidak menulis dilaman ini,kerana saya juga memiliki laman lain untuk ditulis,iaitu di wannursyarifah blogspot.Disana,saya aktif dalam berkongsi mengenai agama islam,kisah-kisah,tazkirah dan ibrah.Banding dengan disini,saya khususkan hanya untuk ibadah haji dan umrah.
Berbalik kepada tema asal kita,iaitu haji dan umrah,musim ini,ibadah haji alhamdulillah,agak sangat baik.Kerana kita sedia maklum,musim lepas berlaku berberapa tragedi yang mengejut,iaitu kren dan tragedi di mina yang meragut ratusan nyawa jemaah haji.
Pada musim ini,lebih 1.8 juta jemaah haji dicatatkan hadir menunaikan ibadah haji untuk musim ini.1,325,372 adalah datang dari luar arab saudi,dan dimana 537,537 (cantik pula angka ini) adalah tempatan.
Moga giliran kita pula menjadi tetamu Allah akan sampai,inn syaAllah.
Baiklah,kita tumpukan kepada haji musim-musim akan datang,mana tahu,musim akan datang itu adalah musim untuk diri saya dan para pembaca,wallahualam.Inn syaAllah,mudah-mudahan berpeluang paling tidak sekali seumur hidup.
Bagasi
Apa iu bagasi ? bagasi adalah secara kasarnya barangan yang kita bawa bersama dalam perjalanan kita ke destinasi.Dalam menaiki pesawat,barangan itu di istilahkan sebagai bagasi atau kargo.Jika besar,disebut kargo.Jika barangan persendirian saya andaikan sebagai bagasi.
Bagasi ini mengandungi beg-beg yang didalam terdapat pakaian,alat-alatan,kelengkapan kita di negara destinasi yang ditetapkan nisbat berat.Setiap satu perjalanan kita,ada had maksima bagasi.Misalnya 30kg,ada yang lebih sedikit,ada yang lebih kurang dari itu,namun pada akhirnya terdapat had maksima seseorang boleh bawa menaiki pesawat,sama ada masuk kedalam kabin pesawat,atau bagasi itu di tempatkan di ruang khas pesawat seperti mana kargo ditempatkan.Ertinya,bagasi yang besar-besar itu tidak dibawa hingga ke tempat duduk kita dalam kapal terbang,ia akan diletakan di ruang bagasinya sendiri.Sebab besar,jika pun di bawa naik,akan tidak ada ruang untuk beg kita,maka tidak perlu risau,setiap pesawat ada ruangnya sendiri bagi bagasi kita.Itu gambaran awal yang saya dapat simpulkan disini.Dan satu lagi,yang terbaru,perkembangan yang baru saya dapat adalah mereka yang memiliki samsung galaxy note 7 untuk sesetengan syarikat penerbangan menetapkan tidak dibenarkan dibawa naik hingga kedalam pesawat.Ada juga yang menetapkan tidak dibenarkan dihidupkan galaxy note 7 tersebut sepanjang dalam pesawat.Sebenarnya,alat-alat elektronik sebegini,sangat sensitif dengan syarat peraturan pesawat.Ia untuk keselamatan penumpang juga.Saya tidak sebutkan mana-mana syarikat penerbangan,boleh jadi syaratnya berubah atau di tambah,maka sebelum memulakan perjalanan,kita hubungi penyedia khidmat berkenaan.
Bagasi juga ada dikenakan bayaranya.Namun tidak semua yang dikenakan bayaran.Ada yang dikecualikan.Malah ada yang boleh disuai kan mengikut demand atau tawaran berdasarkan tempat duduk mengikut kelas penerbangan,contohnya business class,economi class dan sebagainya.
Saya ambil contoh disini syarat yang ditempatkan oleh Airasia.
Bagasi kabin
Ukuran kita boleh lihat didalam foto diatas.Itu contoh-contoh ukuran dan saiz sesebuah bagasi yang kita boleh bawa hingga kedalam kabin pesawat.Ertinya boleh kita bawa ke dalam tempat duduk,mudah untuk buat kerja dan sebagainya jika perlu.
1 cabin baggage
1 x bagasi kabin DAN
1 laptop bag
1 x komputer riba dalam begnya bersama aksesorinya ATAU
1 hand bag
1 x beg tangan (lelaki/perempuan)
Pengangkutan cecair, aerosol dan gel dalam penerbangan Antarabangsa
Atas sebab-sebab keselamatan, sekatan tertentu telah diperkenalkan untuk mengehadkan kuantiti cecair, aerosol dan gel (LAG) yang boleh dimasukkan dalam bagasi kabin tetamu dalam penerbangan antarabangsa.
Barangan LAG seperti minuman, krim, minyak wangi, semburan, gel dan ubat gigi hendaklah berada dalam bekas dengan muatan maksimum 100 ml.
Semua bekas LAG hendaklah muat diletakkan dalam beg plastik lutsinar yang boleh ditutup semula.
Barangan berikut dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam bagasi kabin
Ukuran yang dimaksudkan adalah memberi erti,barangan tersebut menuntut kita agar bawa barangan yang benar-benar perlu sahaja kedalam kabin,seperti botol susu,ubat-ubatan dan barangan kosmetik peribadi.
Ukuran tersebut memang cukup-cukup untuk barangan seperti itu.
Setiap penumpang dihadkan untuk membawa hanya sebuah beg plastik lutsinar boleh tutup semula, dengan isipadu maksimum satu liter dan ukuran tidak melebihi 20 cm x 20 cm.
Ubat-ubatan – Kuantiti yang perlu untuk perjalanan anda. Cth. Kit diabetes.
Makanan bayi – Pes dan cecair yang diperlukan untuk perjalanan anda
Barang kosmetik bukan cecair – Deodoran pepejal, gincu, bedak asas.
Makanan laut atau daging segar/beku – Hendaklah dibungkus dengan elok.
Diharap,perkongsian sedikit sebanyak ini memberikan kita asas pengetahuan dalam mengatur bagasi kita ini.Yang saya terangkan diatas adalah berdasarkan contoh dan peraturan serta syarat semasa mengenai bagasi persawat,untuk memastikan kita tidak ketinggalan dalam mematuhi peraturan pesawat,misalnya yang terbaru,sesetengah syarikat tidak membenarkan pemilik galaxy note 7 dibawa masuk,itu harus dirujuk kepada syarikat penerbangan terbabit dari semasa ke semasa.Dan tidak terhad juga kepada galaxy note 7 semata-mata,barangkali akan ada pernambahan lain,maka harus kita mengambil langkah-langkah awal dengan menghubungi penyedia khidmat tersebut.
0 ulasan