Dam Atau Denda Ketika Menunaikan Ibadah Haji Mahupun Umrah
2:11 PGDam Atau Denda Ketika Menunaikan Ibadah Haji Mahupun Umrah
Adapun jemaah haji atau umrah yang melakukan salah satu kesalahan yang dilarang semasa ibadah haji atau umrah,dam atau denda dikenakan sebagai menampung ibadah haji atau umrah mereka.
DAM
Dam pada bahasa bererti darah dan pada Istilah hukum syarak bererti denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan perkara-perkara yang dilarang dan salah satu bentuk fidyah yang dikenakan samada dilakukan secara sengaja,tersalah atau pun tidak tahu. Mengikut pendapat Ulama’ Syafi’i, satu dam bersamaan dengan seekor kambing dan hendaklah bersedekah dagingnya ataupun berpuasa selama 3 hari ataupun memberi makanan kepada 6 orang miskin, setiap seorang diberikan sebanyak setengah gantang.
HIKMAH DAM
- Menampung kekurangan dalam ibadat haji atau umrah
- Berhati-hati melaksanakan Ibadat haji atau umrah
- Meringankan bebanan jemaah haji atauumrah
Dam terbahagi kepada 4 jenis iaitu : Dam tertib takdir, Dam tertib takdil, Dam takhyir takdir dan Dam takhyir takdil.
JENIS-JENIS DAM
Dam tertib takdir
Iaitu dam dibayar mengikut susunan (tertib). Kemampuan dam perlu mengikut ketetapan syarak (takdir).Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti.
KESALAHAN
- Tidak berihram di miqat
- Mengerjakan haji secara qiran atau tamattuk
- Luput waktu di Arafah
- Tidak bermalam di Mina
- Tidak melontar jamrah
- Tidak menepati Nazar yang berkaitan ibadat haji
BAYARAN
Menyembelih seekor kambing Sekira tidak mampu Berpuasa 10 hari , 3 hari di Mekah dan 7 hari apabila pulang ke tempat masing-masing
Bagi jemaah yang meninggalkan tawaf wida’ hendaklah berpuasa 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari di tempat masing masing.
Dam tertib takdil
Ialah dam yang boleh ditaksirkan (harganya) dan boleh ditukar kepada benda lain mengikut kemampuan masing-masing.
KESALAHAN
1) Melakukan persetubuhan sebelum tahalul.
BAYARAN
Menyembelih seekor Unta Sekira tidak mampu Menyembelih seekor Lembu Sekira tidak mampu Menyembelih 7 ekor kambing Sekira tidak mampu Membeli makanan dengan nilai harga unta dan disedekahkan kepada fakir miskin. Sekira tidak mampu Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan seekor unta.
2) Terhalang daripada memasuki Mekah setelah berniat ihram.
BAYARAN
Menyembelih seekor kambing dan bercukur Sekira tidak mampu Membeli makanan dengan nilai harga kambing dan bercukur Sekira tidak mampu Membeli makanan dengan harga kambing disedekahkan kepada fakir miskin Sekira tidak mampu Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga kambing.
Dam takhyir taqdir
Boleh ditunaikan mengikut pilihan sendiri (takhyir)
KESALAHAN
1) Memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi lelaki
2) Memakai bau-bauan.
3) Memotong kuku.
4) Bersetubuh kali kedua sebelum tahalul awal
BAYARAN
Menyembelih seekor kambing dan disedekahkan kepada fakir miskin Atau Bersedekah 2 cupak makanan kepada enam orang fakir miskin Atau berpuasa selama 3 hari
Dam takhyir takdil
Ialah pembayarannya bergantung kepada pilihan sendiri dan tidak ditetapkan tetapi berdasarkan harga sebanding.
KESALAHAN
1) Berburu binatang darat.
2) Menebang, memotong, atau mencabut pohon d Tanah Haram
BAYARAN
Menyembelih binatang ternakan yang sebanding dengan binatang buruan itu. Atau Membeli makanan dengan nilai harga binatang buruan itu. Atau Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dibeli dengan harga binatang buruan itu.
FIDYAH
Fidyah bercukur kerana keadaan terdesak, memakai pakaian dan memakai wangi-wangian:
Dipilih di antara tiga perkara, iaitu:
- Berpuasa tiga hari atau Memberi makan kepada enam orang fakir miskin dimana setiap seorang diberikan setengah gantang atau Menyembelih seekor kambing, berpandukan kepada firman Allah Taala yang bermaksud: Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar Fidyah, iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih Dam.
Mereka yang membunuh binatang buruan yang mudah didapati:
- Boleh memilih jenis Fidyah samada menggantikannya dengan binatang dari jenis yang sama atau menilaikannya dengan wang untuk membeli makanan dimana untuk setiap orang fakir miskin diberikan satu cupak atau berpuasa satu hari untuk setiap cupak.
Mereka yang membunuh binatang buruan yang susah didapati:
- Boleh memilih samada memberi makanan atau berpuasa.
Fidyah kerana menggauli isteri:
- Sama dengan Fidyah bercukur kerana terpaksa.
Fidyah bersetubuh:
Sekiranya berlaku sebelum Tahallul Awal:
- Seekor badanah (unta atau lembu), sekiranya tidak didapati hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari dalam musim Haji dan tujuh hari apabila kembali ke tanah air.
Sekiranya berlaku selepas Tahallul Awal:
- Fidyahnya sama sebagaimana Fidyah bercukur kerana terpaksa.
12 ulasan
Banyak jenis denda gak ni
BalasPadamSetiap yang berlaku ada hikmahnya.
PadamTak boleh aniaya binatang kat sana..
BalasPadamDimana-mana permukaan bumi pun dilarang menganiaya haiwan.Jikapun terpaksa dibunuh haiwan seperti ular atau kala jengking,cukuplah dengan cara tidak menyebabkan kematian itu menyeksakan (membiarkan haiwan itu terseksa begitu lama sebelum mati).Allahualam.
PadamSalam.Sy nk tnye klu bab visa umrah tu bila arab saudi akn bukk lg?...last visa umrah ramadan kn?...
BalasPadamWsalam.Visa selalunya yang tertentu adalah KSA.Tapi biasanya dalam bulan safar.
PadamApply visa pada ramadhan tidak digalakan atas kerana mereka sudah mahu tutup pintu untuk urusan haji.Apply sebulan sebelum ramadhan adalah lebih baik.
Visa pada ramadhan selalunya singkat sekitar 10 hari berbanding mereka yang umrah pada luar ramadhan (kecuali ditutup musim haji),visanya lebih lama sekitar 15 hari.Allahualam.
Harus rujuk agensi yang di amanahkan adalah urusan visa umrah atau haji oleh KSA.
Dam takhyir dan Taqdir, puasa 3 hari itu di Mekah atau pun bila pulang ke negara sndiri?
BalasPadamApabila jemaah haji yang telah melakukan perkara seperti berburu binatang darat,atau juga telah menebang pokok,mencabut,memotong pohong di tanah haram,maka dikenakan dam atau denda.
PadamDENDA ATAU DAM YANG DIKENAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
Menyembelih 1 ekor kambing
atau
Memberi fidyah kepada fakir miskin senilai 1 kambing itu,
atau
Hendaklah berpuasa 10 hari (tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari apabila telah pulang ke keluargannya),
Klu budak kcik yg dh pnh prgi haji/umrah,perlu tak laksanakan balik bila dh akil baligh? hrp ustazah dpt tlg huraikan..terima kasih.
PadamIbadah haji wajib bagi yang telah baligh seperti mana syarat-syarat sah ibadah haji.Adapun bagi anak kecil,mereka tidak diwajibkan pada saat itu,maka saat telah wajib iaitu mencapai usia balighnya,dan memenuhi syarat wajib lain seperti mampu,maka hendaklah ia memenuhi ibadah haji tersebut.Allahualam.
PadamAdapun,huraian lengkap boleh Puan Khamsiah Bakri semak di laman web pejabat mufti wilayah persekutuan yang baru-baru ini ada menghuraikan bagi kemuskilan ibadah haji berkaitan.
Kalau nk tunaikan badal haji mcm mana ya? Harap ada pencerahanya..
BalasPadamTuan azli, boleh layari www.badalhaji.com.my, syukran. Adm.
Padam