Tempat Letak Kereta Berdekatan Masjidil Haram
12:51 PTG
Mungkin ada yang mencari ruang tempat letak kenderaan sebaik tiba di Mekah al-Mukarramah lebih-lebih lagi di Masjidil Haram.Mungkin ada yang akan sewa kereta atau memang ada kereta di Saudi dan mahu memandu sendiri ke Mekah.
موقف سيارات
Baik.Kita tumpukan kepada tempat meletak kereta berdekatan Masjidil Haram Mekah.Berbanding saya,lebih suka berjalan kaki (diharap memahami kenapa lebih suka berjalan kaki),kerana suka melihat permandangan disana.Maksudnya,saya tidak akan berpusu-pusu atau tergesa-gesa mahu ke Masjid.
Disini mungkin boleh dijadikan panduan sedikit terkecuali ada perubahan ditempat tersebut misalnya,parking tersebut dijadikan surau sementara atau dikenakan bayaran itu diluar kawalan saya kerana perubahan boleh berlaku pada bila-bila masa mengikut tuan punya tanah.Selagi mana tuan punya tanah mahu beri percuma akses meletak kenderaan,maka percuma lah kita akan dapat.Jika tiba-tiba tuan punya tanah mahu kenakan bayaran,maka sesiapa yang menggunakan perkhidmatan itu,haruslah bayar.
Kudai Parking salah satu tempat letak kenderaan yang biasa di sekitar mekah.Terletak di Ajyad St شارع أجياد, مك.
Di kudai parking,mudah untuk mendapatkan perkhidmatan bas seperti Kareem dan teksi.Ini tempat tumpuan umum.Setakat ini percuma tanpa had masa,akan datang Allahualam.Jemaah umrah biasa turun disini dengan bas.
Hotel berdekatan dengan kudai parking misalnya Bakkah Hotel,Reda Hotel juga Drnef Hotel Mekah,Makarim umm al Qura Hotel Mekah,dan lain-lain.Banyak juga tempat penginapan.Biasanya penuh semasa musim haji.
Al Hajoon Parking Ini kawasan letak kereta terletak di seluruh Jannat ul Mualla atau Mualla tanah perkuburan. Lokasi ini adalah baik untuk tempat letak kereta hanya jika anda boleh berjalan selama kira-kira 12 minit untuk sampai ke Masjid al Haram. Jika anda mengambil teksi dari sana,memelukan kos dengan teksi juga kan untuk bergerak kerana sedikit jauh dari Masjidil Haram.
0 ulasan