Ilmu Yang Ada Dalam al Quran

8:34 PG

10 Ilmu Yang Ada Didalam al Quran
Setidaknya,didalam Quran itu,terdapat lebih dari 21 ilmu-ilmu yang boleh dikuasai,namun saya hanya senaraikan 10 ilmu-ilmu tersebut,mungkin selebihnya pada lain kali inn syaAllah:
Ilmu Qiraat
Makhraj huruf-huruf,jumlah huruf,ayat,tempat keluarnya dan lain-lain seperti hizib (semisal ayat ruqyah,as-syifa)

Ilmu Nahwu
Ilmu bahasa arab seperti isim,fi'il,kalam(Misal contoh asas adalah kata itu terungkai dalam 3 iaitu Isim,Fi'il dan Kalam).Kalam itu terbentuk melalui huruf-huruf (harus ngaji lebih lanjut agar lebih memahami ilmu nahwu).Ada sesetengah menyebut terdiri dari 4,yang ana tahu cuma isim,fi'il dan kalam.


Ilmu Tafsir
Banyak ulama-ulama tafsir seperti ibnu Katsir,Imam as-Sayuthi,Imam Qurtubi,Ibnu Jarir dan yang lainya.Setiap lafaz-lafaz ayat Quran itu memiliki makna.Misal contoh,ayat yang kurang jelas maknanya,maka perlukan pentafsiran agar dapat mengetahui makna ayat tersebut.

Ilmu Fiqh
Ulama yang terkenal didalam ilmu ushul fiqh adalah imam as-Syafie rahimahullah.Ilmu yang bersumber Quran dalam menentukan hukum-hukum agama ia sekaligus disebut ushul fiqh yang mana didalam kitab ar-Risalah adalah menerangkan asas dan kaedah-kaedah dalam mencari pembentukan syariat,ushuliyah dan seterusnya kepada hal furu al-Fiqh (cabang-cabang fiqh).

Ilmu Ushul al-Dien
Ilmu-ilmu yang menerangkan hakikat kejadian dan bukti-bukti yang nyata tentang keEsaan Allah s.w.t.Iaitu bukti-bukti kebenaran agama islam yang dibawakan oleh para nabi dan rasul.Jadi,nabi dan rasul menyampaikan bahawa agama islam ini seperti apa yang tertulis didalam Quran.Misalnya Allah itu Esa,maka tidak ada dua atau tiga.

Ilmu Mawathin al-Nuzul
Iilmu yang menerangkan tempat-tempat turunnya ayat, masanya, awal dan akhirnya. Kitab yang membahas ilmu ini banyak. (Diantaranya ialah al-Itqan, tulisan al-Suyuthi).

Ilmu Asbab Nuzul
Sama ada asbab ayatul nuzul al-Quran atau asbab nuzul suratul Quran,semua ini di dalam asbabnya nuzul.Misalnya jika meneliti sirah-sirah an-Nabawi,terdapat ayat-ayat Quran membenarkan cadangan Umar al-Khattab seperti didalam peristiwa tawanan perang badar turun wahyu membenarkan cadangan Umar al-Khattab r.a,begitu juga turun ayat membenarkan cadangan Umar al-Khattab r.a agar solat dibelakang makam Ibrahim dibenarkan dan lain-lain lagi.Diantara kitab yang menjelaskan hal ini ialah Lubab al-Nazul karangan al-Suyuthi).

Ilmu Gharib al-Quran
Jika ilmu hadits terdapat darjat hadits seperti 'Hasan Gharib',maka ilmu Gharib al-Quran yang menerangkan makna kata-kata yang ganjil yang tidak terdapat dalam kitab-kitab biasa, atau tidak terdapat dalam percakapan sehari-hari. Ilmu ini menerangkan makna kata-kata yang halus, tinggi, dan pelik.

Ilmu Nasikh dan Mansukh
Iaitu ilmu yang menerangkan ayat-ayat yang dianggap mansukh oleh sebahagian mufassir. (Untuk mempelajari ilmu ini dapat dibaca kitab al-Nasikh wa al-Mansukh, susunan Abu Ja'far al-Nahhas dan al-Itqan karangan al-Suyuthi).

Ilmu Adab al-Tilawah al-Qur'an.
Iaitu ilmu yang mempelajari segala bentuk aturan yang harus dipakai dan dilaksanakan di dalam membaca al-Qur'an. Segala kesusilaan, kesopanan dan ketentuan yang harus dijaga ketika membaca al-Qur'an. Salah satu kitab yang amat baik.

Ilmu yang Allah s.w.t susunkan didalam kitab al-Quran lalu diturunkan secara beransur-ansur untuk kita pelajari dan hingga kini,ajaibnya,ilmu ini masih lagi cuba didalami kerana masih belum sampai ke dasar lagi (keluasaan ilmu Quran).Allahualam.

Sumber-http://wannursyarifah.blogspot.com/2017/05/10-ilmu-yang-ada-didalam-al-quran.html

You Might Also Like

0 ulasan

Blogged.my

Like us on Facebook