Sungguh bersih didalam kaabah.Dapat lihat bergantungan perkakasan wangian yang mungkin gaharu dan rak ditengah dalam kaabah.Melihat kaabah sahaja sudah mendapat pahala.
Melihat disini adalah melihat kaabah yang sebenar (iaitu mereka yang berada didalam masjidil haram),jika melihat foto kaabah tidak pasti sama ada dikira pahala atau tidak.Allahualam.
Sudah sekian lama melalui tempoh yang panjang tidak ada hujan,cuma mengembirakan hati dengan kemunculan supermoon beberapa hari lepas.Kini berita gembira menyusul lagi dengan kelibat awan hujan yang dalam perjalanan membawakan rahmat Allah s.w.t.
Cuma dikatakan,beberapa tempat sahaja akan mengenai hujan dan tidak seluruh tempat akan turun,akan tetapi termasuk juga wilayah mekah dan madinah.Selalunya,Mekah dan Madinah menjadi tumpuan jemaah,oleh itu ambilah langkah persediaan andai kata hujan turun di kawasan tempat kita kunjungu itu.
Awan kelihatan di langit wilayah Baha.Dijangka menerima hujan pada isnin ini.
Bila melihat awan ini,teringat pula bahawa saudi juga pernah menerima salji tahun lepas.Adakah salji bakal turun lagi ? Allahualam.
Rujukan:saudigazette

Apabila telah sampai kepada kita seseorang yang berkata "Saya akan pergi umrah tahun ini.." maka tentulah kita ingin mengetahui apakah maksud umrah yang sebenarnya dan beza antara haji dan umrah.
Disini kita bahagian antara duanya haji dan umrah dengan lebih jelas.
Haji dari sudut bahasa bermaksud menuju (ke suatu tempat). Dari segi syarak pula menerangkan maksudnya sebagai menuju ke Baitullah Al-Haram untuk menunaikan ibadah yang khusus dengan syarat-syarat tertentu. Manakala Umrah pula bermaksud ziarah dari segi bahasa. Apabila dikatakan seseorang itu melakukan umrah, maksudnya melakukan ziarah. Atau pergi ke tempat yang dimakmurkan. Dari sudut syarak bermaksud pergi ke Baitullah Al-Haram pada bukan waktu haji untuk menunaikan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
Kita lihat sedikit perbezaan ibadah haji dan umrah agar jelasnya kefahaman dalam kedua ibadah ini.
Haji mesti di lakukan pada masa tertentu iaitu mulai daripada 1 Syawal Syawal hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah, manakala umrah boleh di kerjakan pada bila-bila masa.
Haji memerlukan wukuf di Arafat pada hari 9 Zulhijjah tetapi umrah tidak ada wukuf.
Dalam amalan haji termasuk bermalam di Muzdalifah dan di Mina juga melontar jamrah, manakala umrah tidak merangkumi semua amalan tadi.
Dari segi Rukun Haji atau Umrah pula ialah perkara yang mesti dilakukan.
Jika tertinggal salah atau tidak sah perlakuan salah satu Rukun, tergantung Haji atau tiada Haji dengan melakukan Dam Ihsar.
Wajib Haji atau Umrah adalah perkara yang Wajib dilakukan.
Jika tidak dapat melakukan salah satu maka perlu digantikan dengan Dam.Haji atau Umrah sah.
Haji diwajibkan sekali sahaja seumur hidup, apabila memenuhi syarat:
Islam
Baligh dan berakal (Mukallaf).
Merdeka
Berkemampuan dan berkuasa.
Wanita mesti mendapat izin suami atau wali, dan ditemani oleh suami, mahram atau wanita yang dipercayai.
Syarat wajib bagi umrah sama seperti syarat wajib haji.
Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka" (Surah Ali Imran ayat 97)
Definisinya:
Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: “Maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati.”
Hukumnya:
Wajib kepada mereka yang terhalang dari bertahallul sebelum sempat menyempurnakan ibadat Haji.
Tempat Penyembelihan:
Di tempat berlaku sebab-sebab yang menghalangnya.
Jenis-jenisnya:
Satu pertujuh dari unta atau lembu atau seekor kambing.
Dam Ihsar boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah perempuan yang datang haid dan tidak dapat menyelesaikan Tawaf Haji atau Umrah kerana terpaksa balik segera ke tanah air (Haji atau Umrahnya belum selesai). Dia hendaklah pergi lagi ke Tanah Suci Mekah untuk menyelesaikan kerja-kerja haji atau umrahnya yang belum selesai jika mampu.

- Waktu Haji Dan Umrah
Haji mesti di lakukan pada masa tertentu iaitu mulai daripada 1 Syawal Syawal hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah, manakala umrah boleh di kerjakan pada bila-bila masa.
- Rukun Haji Dan Umrah
Haji memerlukan wukuf di Arafat pada hari 9 Zulhijjah tetapi umrah tidak ada wukuf.
Dalam amalan haji termasuk bermalam di Muzdalifah dan di Mina juga melontar jamrah, manakala umrah tidak merangkumi semua amalan tadi.
Dari segi Rukun Haji atau Umrah pula ialah perkara yang mesti dilakukan.
Jika tertinggal salah atau tidak sah perlakuan salah satu Rukun, tergantung Haji atau tiada Haji dengan melakukan Dam Ihsar.
Wajib Haji atau Umrah adalah perkara yang Wajib dilakukan.
Jika tidak dapat melakukan salah satu maka perlu digantikan dengan Dam.Haji atau Umrah sah.
- SYARAT WAJIB SAH HAJI
Haji diwajibkan sekali sahaja seumur hidup, apabila memenuhi syarat:
Islam
Baligh dan berakal (Mukallaf).
Merdeka
Berkemampuan dan berkuasa.
Wanita mesti mendapat izin suami atau wali, dan ditemani oleh suami, mahram atau wanita yang dipercayai.
Syarat wajib bagi umrah sama seperti syarat wajib haji.
Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka" (Surah Ali Imran ayat 97)
Dam Ihsar:
Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: “Maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati.”
Hukumnya:
Wajib kepada mereka yang terhalang dari bertahallul sebelum sempat menyempurnakan ibadat Haji.
Tempat Penyembelihan:
Di tempat berlaku sebab-sebab yang menghalangnya.
Jenis-jenisnya:
Satu pertujuh dari unta atau lembu atau seekor kambing.
Dam Ihsar boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah perempuan yang datang haid dan tidak dapat menyelesaikan Tawaf Haji atau Umrah kerana terpaksa balik segera ke tanah air (Haji atau Umrahnya belum selesai). Dia hendaklah pergi lagi ke Tanah Suci Mekah untuk menyelesaikan kerja-kerja haji atau umrahnya yang belum selesai jika mampu.
CARA MELAKSANAKAN DAM IHSAR
Setelah keluar dari Mekah dua marhalah (91 km) atau lebih atau setelah sampai ke tanah air hendaklah:- Menyembelih seekor kambing dan bercukur atau bergunting (dengan itu, maka terlepaslah dari semua pantang larang ihram)
- Jika tidak mampu hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin tempatan
- Jika tidak mampu juga hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing
Kadar tukaran ringgit di kaunter pengurup wang berlesen.Nampaknya ada peningkatan berbanding sebelumnya.
Semak perbandingan harga sebelumnya sebulan yang lalu (21/10/16).
Pertama kali saya menukar wang di kaunter money changer adalah tahun 2007 di satu shoping kompleks berhampiran dengan balai polis trafik jalan bandar.Tapi sekarang kompleks tu sudah tidak ada memberi laluan kepada pembinaan projek baru.
Selain menukar ringgit ke riyal di kaunter pengurup wang di pusat membeli belah,kita boleh juga menukar di lapangan terbang,namun kadar cajnya sedikit tinggi.
Selain itu dimana lagi ? boleh menukar di bank,namun mungkin lebih tinggi kadar cajnya.
Sebaliknya,jika kita boleh tawar menawar,itu lebih baik,misalnya jumlah yang baik,boleh diselaraskan dengan kadar caj tukaran yang rendah.
Jika kita memiliki pernerbangan transit yang lama,dan merasa mahu singgah sebentar di negara transit tersebut sebelum menyambut pernerbangan,eloklah menukar sejumlah kecil wang untuk perbelanjaan di negara trasit itu.Sejumlah kecil sekadar untuk makan sahaja sekitar rm100-rm200.

Apabila kita sudah berada di dalam masjidil haram,maka eloklah kita mengetahui tempat-tempat doa yang mustajab berdoa.Tempat-tempat ini memiliki keberkatan yang berganda-ganda hingga jika berdoa nescaya Allah makbulkan.Itu adalah sebahagian daripada keberkatan dan kelebihan yang Allah kurniakan kepada tanah haram lebih-lebih lagi didepan kaabah iaitu kiblat umat islam.
Jika membicarakan perihal kaabah,eloklah sedikit kita mengetahui bahawa umat islam tidak menyembah kaabah,akan tetapi umat islam menjadikan kaabah sebagai kiblat.Tidak ada apa pun yang ada didalam kaabah selain beberapa perkakas wangian.Namun,doa yang kita pohonkan itu adalah kepada Allah s.w.t.Tujuan kaabah dibina agar umat manusia tidak perlu bersolat menghadap arah yang berbeza-beza,sebaliknya hadapkanlah pada satu arah disamping itu,hikmah dapat menyatukan umat islam terjalin rapat antara satu sama lain,itulah ukhwah dari arah berlainan,menuju satu arah yang sama.
Rukun adalah sendi atau tiang, iakni 4 sudut Kaabah yang diberi nama Rukun Aswad, Rukun Iraqi, Rukun Syami, dan Rukun Yamani. Rukun Aswad dikenal dengan Hajar Aswad merupakan posisi “batu hitam” yang menurut sebahagian riwayat adalah batu dari yang menggantung setinggi 1.5 meter dari atas tanah. Saat Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s mendapat perintah dari Allah untuk meninggikan struktur Kaabah, Hajar Aswad dijadikan salah satu strukturnya.
Hajar Aswad adalah posisi permulaan bagi jemaah haji untuk melakukan tawaf.Keistimewaannya, berdoa di hajar aswad sangat mustajab.Sunat mencium batu hitam tersebut.
Hijir ismail sebuah tempat yang terletak di sebelah utara Kaabah.Tempat ini juga tidak kurang ramainya dengan Multazam,tempat ini adalah tempat pilihan yang utama setelah Multazam dan rukun yamani dan hajar aswad.Tempat ini selalu penuh sesak dengan jemaah yang ingin solat dan berdoa disana.
Dulunya, Hijir Ismail memang masih termasuk bahagian dari Kaabah. Solat di Hijir Ismail sama saja dengan anda solat di dalam Kaabah.
Tempat yang paling mustajab selanjutnya adalah di belakang Maqam Ibrahim. Biasanya setelah melaksanakan tawaf tujuh kali pusingan,para jemaah haji dan umrah akan melakukan solat dan berdoa di belakang Maqam Ibrahim ini.
Dalam kitab Qadhaya fi al Hajj wa al Umrah, Dr. Abla Muhamad Al Kahlawi mengatakan bahawa "di antara fadhilat Maqam Ibrahim adalah dikabulkannya setiap doa yang dipanjatkan di tempat tersebut".
Iaitu batu yang tercetak pijakan kaki Nabi Ibrahim saat beliau akan membangun Kaabah. Diriwayatkan, batu tersebut dapat naik dan turun sendiri sesuai kemahuan Nabi Ibrahim saat melakukan pemasangan batu untuk dinding kaabah.Ibnu Abbas menyebutkan: “tidak ada sesuatupun di dunia ini yang berasal dari syurga, kecuali Hajar Aswad dan maqam Ibrahim.”Kini batu tersebut disimpan dalam bangunan kristal berkerangka besi dan tertutup kaca tebal. Di sekitar maqam ibrahim ini orang melakukan solat sunnah apabila telah selesai tawaf.
Keistimewaan maqam ini di sebutkan Allah dalam Al Baqarah: 125
Kemudian dalam kitab Qadhaya al Mar’ah fi al Hajj wa al Umrah, Dr. ‘Ablah Muhammad al Kahlawi menuliskan bahawa “di antara keutamaan Maqam Ibrahim ialah dikabulkannya setiap doa yang dipanjatkan disana”.
Kisah Siti Hajar yang mencari air untuk anaknya, ismail as, menjadi dasar bagi ibadah sa’i dalam Ibadah Haji dan Umrah. Bukit Shafa dan Marwah sudah termasuk bangunan Masjidil Haram.Namun hukum kesuciannya tetap berlaku “terpisah” , bahawa lokasi tersebut adalah lokasi di luar masjid. Sehingga muslimah yang sedang haid boleh melakukan sa’i.
Diriwayatkan dari Jabir dari Abdullah bahwa Rasulullah saw pergi menuju Shafa hingga melihat Ka’bah, lalu mengucapkan kalimat tauhid, tahmid, dan takbir sebanyak tiga kali, kemudian berdoa sesuai dengan apa yang beliau kehendaki. (HR. An Nasa’i dalam Kitab Manasik al Hajj, Jilid V, hal. 241)
Begitulah 5 tempat mustajab di dalam masjidil haram.Cuma mengenai maqam Ibrahim tersebut adalah foto menunjukan tempat yang asli kedudukan maqam Ibrahim.
Sebenarnya terdapat tempat lain juga yang mustajab doa di dalam masjidil haram cuma tidak saya tuliskan disini,inn syaAllah di ruangan yang lain.
Allahualam.

Tempat Mustajab Doa
- Multazam
Multazam adalah sebuah tempat atau jarak antara sudut diantara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah. Tempat ini diyakini oleh semua ulama sebagai tempat yang paling mustajab untuk berdoa di sekitar Ka'bah. Hal ini didasari dengan sebuah hadits riwayat sahabat Abdullah Bin Abbas, Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Multazam adalah tempat dikabulkannya do'a. Tak ada satu pun do'a seorang hamba di Multazam kecuali akan dikabulkan" (HR. Ahmad)
Dalam riwayat lain pula menerangkan Multazam merupakan bahagian dinding yang terletak antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah yang memiliki panjang sekitar 2 meter.
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Multazam adalah tempat dikabulkannya doa. Tidak ada satu pun doa seorang hamba di Multazam kecuali akan dikabulkan.” (HR. Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad Jilid V, hal. 347).
Seterusnya adalah:
- Rukun Yamani dan Hajar Aswad
Rukun adalah sendi atau tiang, iakni 4 sudut Kaabah yang diberi nama Rukun Aswad, Rukun Iraqi, Rukun Syami, dan Rukun Yamani. Rukun Aswad dikenal dengan Hajar Aswad merupakan posisi “batu hitam” yang menurut sebahagian riwayat adalah batu dari yang menggantung setinggi 1.5 meter dari atas tanah. Saat Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s mendapat perintah dari Allah untuk meninggikan struktur Kaabah, Hajar Aswad dijadikan salah satu strukturnya.
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;(Al-Baqarah 2:127)
Hajar Aswad adalah posisi permulaan bagi jemaah haji untuk melakukan tawaf.Keistimewaannya, berdoa di hajar aswad sangat mustajab.Sunat mencium batu hitam tersebut.
- Hijir Ismail
Hijir ismail sebuah tempat yang terletak di sebelah utara Kaabah.Tempat ini juga tidak kurang ramainya dengan Multazam,tempat ini adalah tempat pilihan yang utama setelah Multazam dan rukun yamani dan hajar aswad.Tempat ini selalu penuh sesak dengan jemaah yang ingin solat dan berdoa disana.
Dulunya, Hijir Ismail memang masih termasuk bahagian dari Kaabah. Solat di Hijir Ismail sama saja dengan anda solat di dalam Kaabah.
- Belakang Maqam Ibrahim
Tempat yang paling mustajab selanjutnya adalah di belakang Maqam Ibrahim. Biasanya setelah melaksanakan tawaf tujuh kali pusingan,para jemaah haji dan umrah akan melakukan solat dan berdoa di belakang Maqam Ibrahim ini.
Dalam kitab Qadhaya fi al Hajj wa al Umrah, Dr. Abla Muhamad Al Kahlawi mengatakan bahawa "di antara fadhilat Maqam Ibrahim adalah dikabulkannya setiap doa yang dipanjatkan di tempat tersebut".
Iaitu batu yang tercetak pijakan kaki Nabi Ibrahim saat beliau akan membangun Kaabah. Diriwayatkan, batu tersebut dapat naik dan turun sendiri sesuai kemahuan Nabi Ibrahim saat melakukan pemasangan batu untuk dinding kaabah.Ibnu Abbas menyebutkan: “tidak ada sesuatupun di dunia ini yang berasal dari syurga, kecuali Hajar Aswad dan maqam Ibrahim.”Kini batu tersebut disimpan dalam bangunan kristal berkerangka besi dan tertutup kaca tebal. Di sekitar maqam ibrahim ini orang melakukan solat sunnah apabila telah selesai tawaf.
Keistimewaan maqam ini di sebutkan Allah dalam Al Baqarah: 125
وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ
“Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".(Al-Baqarah 2:125).
Kemudian dalam kitab Qadhaya al Mar’ah fi al Hajj wa al Umrah, Dr. ‘Ablah Muhammad al Kahlawi menuliskan bahawa “di antara keutamaan Maqam Ibrahim ialah dikabulkannya setiap doa yang dipanjatkan disana”.
- Shafa dan Marwah
Kisah Siti Hajar yang mencari air untuk anaknya, ismail as, menjadi dasar bagi ibadah sa’i dalam Ibadah Haji dan Umrah. Bukit Shafa dan Marwah sudah termasuk bangunan Masjidil Haram.Namun hukum kesuciannya tetap berlaku “terpisah” , bahawa lokasi tersebut adalah lokasi di luar masjid. Sehingga muslimah yang sedang haid boleh melakukan sa’i.
Diriwayatkan dari Jabir dari Abdullah bahwa Rasulullah saw pergi menuju Shafa hingga melihat Ka’bah, lalu mengucapkan kalimat tauhid, tahmid, dan takbir sebanyak tiga kali, kemudian berdoa sesuai dengan apa yang beliau kehendaki. (HR. An Nasa’i dalam Kitab Manasik al Hajj, Jilid V, hal. 241)
Begitulah 5 tempat mustajab di dalam masjidil haram.Cuma mengenai maqam Ibrahim tersebut adalah foto menunjukan tempat yang asli kedudukan maqam Ibrahim.
Sebenarnya terdapat tempat lain juga yang mustajab doa di dalam masjidil haram cuma tidak saya tuliskan disini,inn syaAllah di ruangan yang lain.
Allahualam.
Keindahan dua kota suci Islam iaitu Mekah dan Madinah diserikan lagi diwaktu malam apabila kejadian alam supermoon kelihatandan dapat dilihat di Mekah dan Madinah.
Bulan kelihatan lebih besar daripada biasa.Mungkin cuaca yang adak kering menyusuli sesetelah itu adalah supermoon yang dapat dilihat.Kurangnya hujan atau tidak ada hujan ada hikmahnya.
Maka,dapatlah kita melihat kebesaran Allah s.w.t tentang kejadian alam ini.
Sumber:http://wannursyarifah.blogspot.com/
Sumber:http://wannursyarifah.blogspot.com/
Beberapa Pilihan Hotel Di Mekah
Di Mekah banyak pilihan hotel sebenarnya untuk kemudahan jemaah haji dan umrah.Pilih sahaja melalui trivago.
Bila klik di trivago,akan muncul segala tempat penginapan disana.Baik yang yang dekat atau sedikit jauh.
Jenis bilik pula ada yang single,double,family dan multiple room.
Kalau yang dekat dengan masjidil haram,ada satu menara jam besar itu dipanggil zam-zam tower atau lebih dikenali menara jam mekah.
Kalau mahu bilik yang menghadap ke kaabah,pilihlah yang bilik jenis 'Haram view'.
Tips Menempah Bilik Hotel
Semak dahulu butang 'free cancelation'.Kecuali bagi yang memang sudah yakin tidak akan membatalkan tempahan.Free cancelation tersebut adalah jika kita membatalkan tempahan saat-saat akhir,tidak akan dikenakan caj batal tempahan.
Cuba Guna Khidmat CheapOair
CheapOair ini perkhidmatan perbandingan harga tiket kapal terbang.Harga pun boleh tahan jika ambil pergi-balik ke destinasi dan pulang dari destinasi.
Saya ada seorang rakan di mesir,kerjanya menjual tiket kapal terbang.Harga cukup berpatutan.Cuma sayang sekali,destinasinya hanya ke kaherah sahaja atau dari kaherah ke tempat lain.Sama ada pergi dari kaherah,atau balik ke kaherah itu sahaja.Destinasi lain tidak disediakan.Saya pernah bertanya beliau pilihan dari kuala lumpur ke media ada atau tidak ? beliau menjawab dengan begitu yakin bahawa sesungguhnya tiket hanya dari kaherah atau ke kaherah sahaja.
Maka,alternatif lain,cheapOnair adalah salah satu applikasi yang boleh digunakan untuk mencari tiket kapal terbang berpatutan dengan harga.
Cheaopair memudahkan kita daripada pergi ke satu-satu tempat,maka elok kiranya didalam satu tempat,memaparkan semua pernerbangan dan harga.Jimat masa.
Kita cuma perlu pilih tarikh,dari mana ke mana,dan klik sahaja.Maka,dengan sendirinya akan muncul pilihan tarikh berserta tawaran dari perbagai syarikat penyedia perkhidmatan pernebangan.Pilihlah yang sesuai dengan kita.
Tips Menempah Tiket
Alat SprayMudahkan Berwuduk Dalam Kapal Terbang
Ada satu alat yang umpama spray atau semburan bagi memudahkan seseorang untuk berwuduk untuk menyempurnakan rukun bersuci bagi melaksanakan solat dalam kapal terbang.
Contoh alat tersebut foto disebelah.Mungkin kelihatan seperti semburan spray minyak wangi atau pewangi.Tapi sebenarnya itu adalah alat semburan untuk ibadah yang mengandungi air bagi tujuan wuduk di atas kapal terbang.
Terdapat banyak jenis semburan yang boleh digunakan,foto tersebut adalah contoh daripada ezwudu.
Kegunaanya tidaklah semata-mata untuk memudahkan wuduk sahaja,malah boleh jadi ketika kesesakan di tempat-tempat tumpuan orang ramai,misalnya pasaraya dan sebagainya,ia menjadi alternatif terakhir selepas kesukaran mendapatkan air,maka spray ini berfungsi sebagai pilihan akhir.
Dam Atau Denda Ketika Menunaikan Ibadah Haji Mahupun Umrah
Adapun jemaah haji atau umrah yang melakukan salah satu kesalahan yang dilarang semasa ibadah haji atau umrah,dam atau denda dikenakan sebagai menampung ibadah haji atau umrah mereka.
DAM
Dam pada bahasa bererti darah dan pada Istilah hukum syarak bererti denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan perkara-perkara yang dilarang dan salah satu bentuk fidyah yang dikenakan samada dilakukan secara sengaja,tersalah atau pun tidak tahu. Mengikut pendapat Ulama’ Syafi’i, satu dam bersamaan dengan seekor kambing dan hendaklah bersedekah dagingnya ataupun berpuasa selama 3 hari ataupun memberi makanan kepada 6 orang miskin, setiap seorang diberikan sebanyak setengah gantang.
HIKMAH DAM
- Menampung kekurangan dalam ibadat haji atau umrah
- Berhati-hati melaksanakan Ibadat haji atau umrah
- Meringankan bebanan jemaah haji atauumrah
Dam terbahagi kepada 4 jenis iaitu : Dam tertib takdir, Dam tertib takdil, Dam takhyir takdir dan Dam takhyir takdil.
JENIS-JENIS DAM
Dam tertib takdir
Iaitu dam dibayar mengikut susunan (tertib). Kemampuan dam perlu mengikut ketetapan syarak (takdir).Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti.
KESALAHAN
- Tidak berihram di miqat
- Mengerjakan haji secara qiran atau tamattuk
- Luput waktu di Arafah
- Tidak bermalam di Mina
- Tidak melontar jamrah
- Tidak menepati Nazar yang berkaitan ibadat haji
BAYARAN
Menyembelih seekor kambing Sekira tidak mampu Berpuasa 10 hari , 3 hari di Mekah dan 7 hari apabila pulang ke tempat masing-masing
Bagi jemaah yang meninggalkan tawaf wida’ hendaklah berpuasa 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari di tempat masing masing.
Dam tertib takdil
Ialah dam yang boleh ditaksirkan (harganya) dan boleh ditukar kepada benda lain mengikut kemampuan masing-masing.
KESALAHAN
1) Melakukan persetubuhan sebelum tahalul.
BAYARAN
Menyembelih seekor Unta Sekira tidak mampu Menyembelih seekor Lembu Sekira tidak mampu Menyembelih 7 ekor kambing Sekira tidak mampu Membeli makanan dengan nilai harga unta dan disedekahkan kepada fakir miskin. Sekira tidak mampu Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan seekor unta.
2) Terhalang daripada memasuki Mekah setelah berniat ihram.
BAYARAN
Menyembelih seekor kambing dan bercukur Sekira tidak mampu Membeli makanan dengan nilai harga kambing dan bercukur Sekira tidak mampu Membeli makanan dengan harga kambing disedekahkan kepada fakir miskin Sekira tidak mampu Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga kambing.
Dam takhyir taqdir
Boleh ditunaikan mengikut pilihan sendiri (takhyir)
KESALAHAN
1) Memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi lelaki
2) Memakai bau-bauan.
3) Memotong kuku.
4) Bersetubuh kali kedua sebelum tahalul awal
BAYARAN
Menyembelih seekor kambing dan disedekahkan kepada fakir miskin Atau Bersedekah 2 cupak makanan kepada enam orang fakir miskin Atau berpuasa selama 3 hari
Dam takhyir takdil
Ialah pembayarannya bergantung kepada pilihan sendiri dan tidak ditetapkan tetapi berdasarkan harga sebanding.
KESALAHAN
1) Berburu binatang darat.
2) Menebang, memotong, atau mencabut pohon d Tanah Haram
BAYARAN
Menyembelih binatang ternakan yang sebanding dengan binatang buruan itu. Atau Membeli makanan dengan nilai harga binatang buruan itu. Atau Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dibeli dengan harga binatang buruan itu.
FIDYAH
Fidyah bercukur kerana keadaan terdesak, memakai pakaian dan memakai wangi-wangian:
Dipilih di antara tiga perkara, iaitu:
- Berpuasa tiga hari atau Memberi makan kepada enam orang fakir miskin dimana setiap seorang diberikan setengah gantang atau Menyembelih seekor kambing, berpandukan kepada firman Allah Taala yang bermaksud: Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar Fidyah, iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih Dam.
Mereka yang membunuh binatang buruan yang mudah didapati:
- Boleh memilih jenis Fidyah samada menggantikannya dengan binatang dari jenis yang sama atau menilaikannya dengan wang untuk membeli makanan dimana untuk setiap orang fakir miskin diberikan satu cupak atau berpuasa satu hari untuk setiap cupak.
Mereka yang membunuh binatang buruan yang susah didapati:
- Boleh memilih samada memberi makanan atau berpuasa.
Fidyah kerana menggauli isteri:
- Sama dengan Fidyah bercukur kerana terpaksa.
Fidyah bersetubuh:
Sekiranya berlaku sebelum Tahallul Awal:
- Seekor badanah (unta atau lembu), sekiranya tidak didapati hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari dalam musim Haji dan tujuh hari apabila kembali ke tanah air.
Sekiranya berlaku selepas Tahallul Awal:
- Fidyahnya sama sebagaimana Fidyah bercukur kerana terpaksa.
Larangan Di Tanah Haram Serta Sempadan Tanah Haram
An-Nawawi rahimahullah berkata,
"Batas tanah haram dari arah Madinah adalah di setelah Tan'im di perkampungan Bani Nigar, tiga mil dari Mekah. Dari jalur Yaman terletak di hujung Adhati Libn, tujuh mili dari Mekah. Dari arah Thaif di Arafah di lembah Namirah, tujuh mil (dari Mekah). Dari Jalur Irak di jalur bukit bilmaqtha, tujuh mil. Dari jalan Ji'ranah di perkampungan Alu Abdullah bin Khalid, sembilan mil, dari jalur Jedah, potongan A'syasy, sepuluh mil dari Mekah." (Al-Majmu, 7/463)
Sempadan yang dibuat adalah ditandai oleh Nabi Ibrahim a.s Nabi Ismail a.s dengan malaikat Jibril a.s bersamanya selain menunjukan Nabi Ibrahim a.s dalam proses persempadanan tanah haram tersebut.Ini berdasarkan dari firman Allah s.w.t:
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Dengan ini bapa sekalian nabi-nabi telah membina masjid yang paling mulia di kawasan yang paling mulia. Allah Taala mengkhususkan Masjidilharam dengan tidak boleh bersusuh payah untuk bermusafir melainkan kepadanya (Masjidilharam), Masjid Nabi dan Masjidilaqsa, sebagaimana (dikhususkan juga) dengan digandakan pahala sembahyang di dalamnya dimana sembahyang di Masjidilharam (digandakan) dengan seribu sembahyang.
Yang bermaksud: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan rupaNya yang Maha Mulia, kekuasaan yang azali dari Syaitan yang direjam. Segala puji bagi Allah, dengan nama Allah wahai Tuhanku selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (s.a.w). Tuhanku ampunkanlah dosa-dosaku dan bukakanlah untukku kesemua pintu rahmatMu.
Setiap pintu atau jalan-jalan besar menuju tanah haram,akan ada satu pintu gerbang jika jalannya besar pintu gerbang lah,jika jalanya kecil cuma ada satu batu atau menara kecil yang tertulis 'Beginning of haram border' ketika masuk dan semasa kita ingin keluar dari tanah haram kita akan lihat pula 'End of haram border'.Erti dua perkataan tersebut adalah 'Bermula sempadan tanah haram' bila telah bermula,itu bermakna kita terikut dengan ketetapan syarat tanah haram,dan satu lagi 'Tamat sempadan tanah haram' iaitu kita telah melepasi sempadan keluar tanah haram.
Batu sempadan tersebut semua orang akan dapat lihat dengan jelas.Ianya berwarna putih,sangat jelas dan memang dibuat untuk memberitahu dan tanda peringatan kepada sesiapa jua.
Pantang larang semasa ihram dengan berniat haji ataupun umrah perlu menghindari larangan seperti berikut:
- Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki, seperti memakai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah pokok atau payung.
- Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki seperti seluar, baju kemeja dan sarung kaki.
- Menutup muka bagi wanita.
- Memakai sarung tangan.
- Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedut ke dalam hidung.
- Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut.
- Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu pada anggota badan.
- Mengerat atau membuang kuku.
- Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di tanah haram.
- Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di tanah haram atau di tanah halal.
- Bersetubuh.
- Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat.
- Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.
Tentang kelebihan melihat kaabah,Ibnu Abbas r.a berkata: "Memerhatikan Kaabah akan mengukuhkan iman". Hamad bin Abi Salamah Rahimahullah berkata: "Orang yang memerhatikan Kaabah adalah seperti orang yang bersungguh-sungguh dalam beribadat".
Selain pengharaman di kawasan mekah,pengharaman juga berlaku keatas madinah.Madinah adalah bumi yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t kerana ia merupakan: Tempat Nabi s.a.w berhijrah dan tempat tidur baginda manakala penduduknya pula merupakan jiran-jiran serta penolong baginda s.a.w.
Madinah juga merupakan pusat iman dan di sanalah iman dapat bertahan di akhir zaman nanti. Iman akan pulang ke tempat asalnya seperti ular pulang ke sarangnya sebagaimana hadist yang boleh kita cari tentangnya.Di pintu-pintu masuknya terdapat pengawal yang terdiri daripada Malaikat. Dajal dan penyakit taun tidak akan dapat memasukinya. Ia merupakan negara terakhir di dunia ini yang diruntuhkan iaitu ketika kemakmuran baitulmaqdis,saat itulah keruntuhan madinah. Ia juga merupakan tempat diturunkan wahyu. Hampir kesemua tempat di Madinah diturunkan ayat-ayat Al-Quran atau diriwayatkan Hadis-hadis. Ia adalah Haram Allah dan RasulNya s.a.w (Haramain).
Sesiapa yang berniat buruk terhadapnya, Allah s.w.t akan membalasnya seperti garam yang larut di dalam air. Ianya terhindar dari segala keburukan atau kejahatan kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berdoa untuknya yang bermaksud: Ya Allah, jadikanlah kami semua agar tetap mencintai Kota Madinah sebagaimana yang Engkau anugerahkan perasaan cinta kepada Kota Mekah, bahkan lebih dari itu.
Semoga dengan sedikit info ini dapat menambahkan lagi ilmu yang ada,selain membuat persediaan asas-asas ke tanah suci mekah.inn syaAllah.
Ketahui tentang Dam iaitu Denda terhadap jemaah haji yang telah melakukan beberapa larangan atau kesalahan semasa melakukan ibadah haji.
Rujukan:http://wannursyarifah.blogspot.my/2016/02/larangan-di-tanah-haram-serta-sempadan.html