Cara Bijak Menempah Hotel Dan Tiket Penerbangan Sekaligus

2:34 PG

Cara Bijak Menempah Hotel Dan Tiket Penerbangan Sekaligus 


Cara Bijak Menempah Hotel Dan Tiket Penerbangan SekaligusSekarang ini sudah ada banyak tawaran-tawaran yang bernilai yang berbaloi untuk dicuba bagi mereka yang ingin menjimatkan masa dan wang dengan cara menempah tiket penerbangan + tempat penginapan yang dalam satu pilihan pakej.

Saya berikan satu contoh Airasiago.Dengan dalam satu laman website sahaja,kita boleh memilih tarikh,masa,tempat penginapan,dan tiket kapal terbang bagi destinasi pilihan yang ditawarkan.

Cara seperti ini boleh mendatangkan penjimatan yang ketara kerana semua apa yang kita perlukan,iatu penginapan dan tiket penerbangan diberikan tawaran dalam satu harga berbanding menempah secara berasingan.

Namun,bagi yang lebih suka menempah secara berasingan,boleh juga mencuba pilihan desitinasi seperti yang disediakan oleh agoda.com.

Fungsi kedua-dua laman tersebut hampir sama.Iaitu memudahkan pelawat mencari,memilih dan menempah apa yang mereka perlukan sama ada tiket kapal terbang atau tempat penginapan yang sesuai.

Kedua-duanya memiliki kelebihan tersendiri.Apa yang tidak ada di salah satu website tersebut ada ditawarkan pada satu website lagi.Contohnya tiket pernerbangan dan destinasi.Contoh,pilihan destinasi dan jumlah hotel yang ditawarkan atau hotel tersebut telah kehabisan ruang atau telah habis ditempah,maka kita boleh gunakan yang satu lagi yang pasti banyak pilihan tempat penginapan terutama di musim-musim cuti sekolah,musim haji,musim perayaan atau musim sambutan-sambutan kebangsaan yang lain.

Kalau saya,cenderung yang mana ? saya akan cuba dua-dua : ) -

Contoh menggunakan perkhidmatan airasiago:
Cara Bijak Menempah Hotel Dan Tiket Penerbangan Sekaligus

Tiket pernerbangan + Penginapan di hotel = Ikut berapa jumlah hari penginapan dan tiket pergi balik.Cuma jika ada tambahan disitu adalah bilik yang lebih lengkap dengan keperluan peribadi dan sebagainya.Bagi saya,masa ditanah haram itu lebih banyak di masjidil haram berbanding di bilik hotel.Bilik hotel jika mahal pun bukan kita duduk lama disitu,cuma mahal dari segi dekat itu mungkin boleh diterima,kerana hotel yan lebih dekat kadar sewanya jauh lebih tinggi berbanding di tempat yang jauh dari masjidil haram.Tanah berdekatan dengan masjidil haram tentulah tinggi-tinggi,maka itulah kadar sewa bilik turut tinggi.

Foto diatas sekadar contoh sahaja,sebarang kadar nilai itu tentulah berubah-ubah dari masa kesama bila terdapat permintaan yang tinggi atau musim-musim haji,umrah,atau cuti sekolah,atau tahun,hujung tahun.Kadangkala,walaupun lokasi hotel yang kita menginap itu jauh,bila permintaan bilik hotel tinggi,kadar sewanya boleh melambung juga.Maka rancang perjalanan anda sebaik 
mungkin untuk menghasilkan lebih penjimatan yang berbaloi.

Tips Sebelum Tempahan


Satu lagi tips untuk menempah tiket atau bilik penginapan.Pilihlah yang menawarkan pembatalan percuma kerana jika ada perubahan tarikh disaat-saat akhir,anda boleh membatalkan tempahan tanpa dikenakan penalti pembatalan.Anda boleh cari 'Free cancelation' Ia pasti menjimatkan lebih banyak wang anda.Inn syaAllah.

Di agoda,terdapat banyak penginapan yang menawarkan free cancelation kepada pengguna mereka.



You Might Also Like

2 ulasan

Blogged.my

Like us on Facebook