Jabal Nur Di Pinggiran Mekah

12:13 PG

Jabal Nur | tempat Rasulullah s.a.w mengasingkan diriJabal Nur dikenali sebagai gunung cahaya seperti tidak terlepas dari kunjungan sebahagian jemaah haji atau umrah yang merasakan ingin lebih dekat melihat malah merasai sedikit daripada pengalaman berada di jabal nur ini.

Didalam jabal nur ini,terdapat satu gua yang cukup tidak asing lagi akan penerimaan wahyu daripada Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah s.a.w yang mana baginda s.a.w di minta untuk mengikut Jibril a.s membaca ayat daripada surah al-Alaq.

Namun,untuk mendaki jabal nur ini harus berhati-hati,kerana jabal nur bukanlah seperti gunung-gunung lain.Ianya curam dan amat sesuai untuk berdiam diri disini.Malahan,sebelum menaiki atau mendaki jabal nur,terdapat notis nasihat kepada mereka yang bercadang mendaki jabal nur.Ianya sebuah gunung meliputi batu-batuan besar serta untuk kesitu,laluan untuk ke gua hira cukup sempit.Maka,itulah barangkali,tempat untuk mengasingkan diri sesuai seperti gua hira kerana gunugn ini bukanlah gunung yang orang secara beramai-ramai boleh menerokainya dalam satu-satu masa.Didalam gua hira sahaja hanya cukup untuk sekitar 3-4 orang.wallahualam.

Tempat Mengasingkan Diri

Budaya mengasingkan diri demi mendekatkan hati kepada hal-hal ghaib merupakan kebiasaan orang-orang Arab yang memiliki kecerdasan iman. Mereka bertapa serta berdiam di gunung-gunung yang jauh dari keramaian. Tradisi yang dilakukan tiap tahun di bulan Ramadan tersebut bertujuan agar mereka diberi harta atau ilmu. Satu malam Malaikat Jibril tiba di Gua Hira ketika Rasulullah s.a.w sedang tidur,apabila terjaga, cucu Abdul Muthalib itu terkejut.Baginda s.a.w menjadi bingung serta takut ketika melihat susuk tubuh nan rupawan itu membawakan untaian tulisan pada lempengan kristal yang memancarkan cahaya hijau memukau.

Baginda s.a.w menerima wahyu dari malaikat Jibril a.s gua hiraMalaikat Jibril a.s pun menunturkan: “Iqra (bacalah).” Rasulullah s.a.w yang salah duga lalu menjawab: “Ma ana biqirain” (saya tak bisa membaca). baginda s.a.w menyangka bahawa Jibril menyuruhnya membaca, padahal yang dimaksud Jibril a.s adalah supaya Rasulullah s.a.w mengikuti bacaannya. “Iqra,” Ucap Jibril sekali lagi. Hati Rasulullah s.a.w bercampur aduk, makin kencang berdegup kerana baginda s.a.w belum mampu untuk mengikut apa  yang diucapkan oleh Malaikat Jibril dari Sidratul Muntaha disebabkan terkejut masih belum hilang didalam diri.

Dengan tubuh gemetar diiringi pula jantung yang berdebar, Rasulullah s.a.w kemudian menjawab: “Ma ana biqirain.” Jibril kembali mendesaknya: “Iqra.” Rasulullah s.a.w kian ketakutan, tetapi baginda s.a.w tetap menjawab: “Ma ana biqirain.”Diulang-ulangi ayat itu kepada malaikat dihadapanya.Jibril menatap wajahnya yang salah sangka itu. Rasulullah s.a.w tertegun.Baginda s.a.w cuba memahami maksud Jibril as jika yang dimaksud oleh makhluk itu bukan menyuruh membaca, namun bersama-sama melantunkan ayat yang dibawanya.

Dengan suara merdu dan berwibawa, Jibril a.s dengan Rasulullah s.a.w lantas mengungkapkan firman Allah di lekuk-liku Jabal Nur: “Iqra bismirabbik (bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu).” Selama beberapa ketika gua hira, Rasulullah s.a.w mengambil peluang tersebut untuk pulang kerumahnya apabila malaikat Jibril a.s balik ke langit. Rasulullah s.a.w segera mengambil langkah tergesa-gesa untuk pulang ke rumahnya di tengah malam yang teramat terang oleh kilau bintang dan cahaya bulan.Rasulullah s.a.w hanya kerana bertemu makhluk yang tidak pernah baginda s.a.w temui seumur hidupnya.Itulah pertemuan pertama yang seorang manusia pasti terkejut melihatnya.Akan tetapi,putra Abdullah itu tak menyedari bahawa dirinya baru saja dilantik sebagai utusan-Nya.Baginda s.a.w telah ditahbiskan sebagai pembawa risalah ilahi dan penutupnya para Rasul dan Nabi Allah s.w.t yang dimulai sejak era Nabi Adam alaihis salam hingga hari kiamat nanti.


Petikan Artikel Dari wannursyarifah.blogspot.com

You Might Also Like

0 ulasan

Blogged.my

Like us on Facebook