Perbezaan Ibadah Haji Dan Umrah

2:35 PG

Makam IbrahimApabila telah sampai kepada kita seseorang yang berkata "Saya akan pergi umrah tahun ini.." maka tentulah kita ingin mengetahui apakah maksud umrah yang sebenarnya dan beza antara haji dan umrah.

Disini kita bahagian antara duanya haji dan umrah dengan lebih jelas.

Haji dari sudut bahasa bermaksud menuju (ke suatu tempat). Dari segi syarak pula menerangkan maksudnya sebagai menuju ke Baitullah Al-Haram untuk menunaikan ibadah yang khusus dengan syarat-syarat tertentu. Manakala Umrah pula bermaksud ziarah dari segi bahasa. Apabila dikatakan seseorang itu melakukan umrah, maksudnya melakukan ziarah. Atau pergi ke tempat yang dimakmurkan. Dari sudut syarak bermaksud pergi ke Baitullah Al-Haram pada bukan waktu haji untuk menunaikan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Kita lihat sedikit perbezaan ibadah haji dan umrah agar jelasnya kefahaman dalam kedua ibadah ini.


  • Waktu Haji Dan Umrah 


Haji mesti di lakukan pada masa tertentu iaitu mulai daripada 1 Syawal Syawal hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah, manakala umrah boleh di kerjakan pada bila-bila masa.

  • Rukun Haji Dan Umrah


Haji memerlukan wukuf di Arafat pada hari 9 Zulhijjah tetapi umrah tidak ada wukuf.

Dalam amalan haji termasuk bermalam di Muzdalifah dan di Mina juga melontar jamrah, manakala umrah tidak merangkumi semua amalan tadi.

Dari segi Rukun Haji atau Umrah pula ialah perkara yang mesti dilakukan. 
Jika tertinggal salah atau tidak sah perlakuan salah satu Rukun, tergantung Haji atau tiada Haji dengan melakukan Dam Ihsar.

Wajib Haji atau Umrah adalah perkara yang Wajib dilakukan. 
Jika tidak dapat melakukan salah satu maka perlu digantikan dengan Dam.Haji atau Umrah sah.


  • SYARAT WAJIB SAH HAJI


Haji diwajibkan sekali sahaja seumur hidup, apabila memenuhi syarat:
Islam
Baligh dan berakal (Mukallaf).
Merdeka
Berkemampuan dan berkuasa.

Wanita mesti mendapat izin suami atau wali, dan ditemani oleh suami, mahram atau wanita yang dipercayai.

Syarat wajib bagi umrah sama seperti syarat wajib haji.

Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka" (Surah Ali Imran ayat 97)


Dam Ihsar:


Definisinya:
Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: “Maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati.”

Hukumnya:
Wajib kepada mereka yang terhalang dari bertahallul sebelum sempat menyempurnakan ibadat Haji.

Tempat Penyembelihan:
Di tempat berlaku sebab-sebab yang menghalangnya.

Jenis-jenisnya:

Satu pertujuh dari unta atau lembu atau seekor kambing.

Dam Ihsar boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah perempuan yang datang haid dan tidak dapat menyelesaikan Tawaf Haji atau Umrah kerana terpaksa balik segera ke tanah air (Haji atau Umrahnya belum selesai). Dia hendaklah pergi lagi ke Tanah Suci Mekah untuk menyelesaikan kerja-kerja haji atau umrahnya yang belum selesai jika mampu.


CARA MELAKSANAKAN DAM IHSAR

Setelah keluar dari Mekah dua marhalah (91 km) atau lebih atau setelah sampai ke tanah air hendaklah:

  • Menyembelih seekor kambing dan bercukur atau bergunting (dengan itu, maka terlepaslah dari semua pantang larang ihram)


  • Jika tidak mampu hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin tempatan



  • Jika tidak mampu juga hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing


You Might Also Like

0 ulasan

Blogged.my

Like us on Facebook