Tukar Duit Ringgit Ke Riyal

8:06 PTG

Tukar Duit Ringgit Ke Riyal

Nak tukar duit ke riyal adalah menerus pengurup wang berlesen.Sekarang ni kadar tukaran ringgit ke saudi riyal agak sedikit baik berbanding kali terakhir saya tengok bulan lepas.

Tukar Duit Ringgit Ke RiyalFoto disebelah ada tarikh-tarikh kadar ringgit-riyal.Memang ringgit sedikit meningkat dalam beberapa hari ini.Pernah tak silap adalah awal tahun iaitu kira-kira bulan januari 2016,ringgit bersamaan 113 berbanding 100 riyal.Kini mengikut kadar seperti dalam jadual disebelah,ringgit berada pada 110 berbanding riyal.

Macam mana nak tengok kadar dia tu ? we buy we sell ?

Baiklah.WE BUY tu ertinya mereka beli riyal dari kita.Misalnya bagi pelancong dari saudi yang datang ke malaysia,mereka akan menukar duit riyal mereka dalam riyal kepada ringgit.Jadi tentulah mereka akan  menjual riyal dan membeli ringgit.

Kalau orang malaysia pula akan membeli riyal.Jadi kita lihat pada ruang WE SELL.Ertinya mereka jual riyal kepada kita mengikut kadar diruang WE SELL.Itu sahaja proses-proses nak menukar ringgit kepada riyal.Mudah sahaja.





Tukar Duit Ringgit Ke Riyal
Yang sebelah ini pula adalah duit riyal.Ada foto wajah sultan saudi.Rasanya senang saja nak kenal duit riyal kan.

Kita masa nak tukar tu kita carilah tempat-tempat yang menawarkan kadar tukaran terbaik.Contoh yang ada di kuala lumpur adalah di kl sentral.Boleh tengok di website jalinan duta

Itu sahaja untuk kali ini.Inn syaAllah saya akan update lagi perkembangan terkini.

You Might Also Like

1 ulasan

  1. boleh juga nih tipsnya, semoga makin bermanfaat buat yang ingin umroh..jangan lupa untuk tetap gunakan travel umroh yang terdaftar di departemen agama agar perjalanan umroh Anda nyaman

    BalasPadam

Blogged.my

Like us on Facebook