Dam tertib dan taqdir

3:46 PTG



Dam Tertib TaqdirDam binatang ternakan al an’am seperti unta, lembu, kibas atau kambing, yang disembelih atau digantikannya dengan makanan atau berpuasa, yang dikenakan ke atas jemaah haji dan umrah, sebagai kaffarah atau denda di atas sebab-sebab tertentu.Dam wajib ditunaikan mengikut syarat-syarat tertentu mengikut jenis kesalahan yang dilakukan semasa melaksanakan ibadah haji.

Jenis-jenis dam adalah (Sila Pilih Ikut Jenis Dam@Denda):

1. Dam tertib taqdir
2. Dam tertib taadil
3. Dam takhyir taadil
4. Dam takhyir taqdir


Dam tertib dan taqdir


Istilah “tertib” bererti satu dam yang wajib dilakukan satu demi satu (tidak boleh dipilih, tidak sah dan tidak boleh digantikan dengan yang lain, kecuali ia tidak terdaya melakukannya). Manakala “takdir” pula ialah penentuan syarak yang ditetapkan sebagai ganti dam yang boleh dipindahkan kepada cara lain.

Dam ini dikenakan kepada sesiapa dikalangan jemaah haji yang melakukan salah satu
daripada perkara-perkara berikut, iaitu:


  • Berihram Tamatuk (dengan syarat-syaratnya)
  • Berihram Qiran (dengan syarat-syaratnya)
  • Luput wukuf di Arafah
  • Tidak melontar jamrah
  • Tidak mabit di Mudzalifah (dengan syarat-syaratnya)
  • Tidak mabit di Mina (dengan syarat-syaratnya)
  • Tidak berihram di miqat
  • Telah meninggalkan tawaf wada’ (kecuali uzur syarie)
  • Telah melanggar nazar semasa mengerjakan haji.

Dam yang dikenakan tidak ada pilihan ia itu;



  • Menyembelih seekor kibas atau kambing atau 1/7 daripada lembu, unta atau kerbau.
  • Jika tiada kuasa hendaklah dia berpuasa 10 hari ; ia iatu 3 hari di masa haji di Makkah dan 7 hari lagi apabila ia balik ke tempat kediaman asalnya.
  • Jika dia tidak berdaya berpuasa dengan sebab terlalu tua, hendaklah ia mengeluarkan secupak beras bagi setiap satu hari (jumlah 10 cupak bagi 10 hari).
  • Jika tidak juga mampu akan tertanggunglah dosa itu ke atas dirinya.

HIKMAH DAM



  • Menampung kekurangan dalam ibadat haji atau umrah
  • Berhati-hati melaksanakan Ibadat haji atau umrah
  • Meringankan bebanan jemaah haji atau umrah (tertentu)




You Might Also Like

0 ulasan

Blogged.my

Like us on Facebook