Makna Ibadah Haji Syarat Dan Rukun

2:27 PG

Dari segi pengertian ibadah haji adalah mengunjungi Baitullah di Mekah untuk melakukan amal ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu pula. Ibadah Haji merupakan salah satu dari rukun Islam.Iaitu pada rukun yang kelima yang wajib dikerjakan bagi setiap muslim, baik itu lelaki mahupun perempuan yang mampu dan telah memenuhi syarat. Orang yang melakukan ibadah haji wajib memenuhi ketentuan-ketentuannya. Ketentuan haji selain pengertian haji diatas, juga syarat haji, rukun haji, wajib haji, larangan haji, tata cara haji, serta sunnah-sunnah haji. 

Menunaikan ibadah haji diwajibkan atas setiap muslim yang mampu mengerjakannya dan seumur hidup sekali. Bagi mereka yang mengerjakan haji lebih dari satu, hukumnya sunah. Allah SWT. berfirman dalam Surah Ali Imran Ayat 97 iaitu: 

Pengertian Haji Syarat Dan Rukun

فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ



Ertinya: 
Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.(Ali Imran:97). 

Syarat-Syarat Haji

Beragama Islam 
Berakal sihat (waras)
Baligh atau dewasa
Merdeka (bukan budak) 
Kuasa atau mampu untuk melakukannya

Terdapat syarat-syarat haji yang mampu.Erti kata mampu adalah:

1. Beribadah Sihat. Orang sakit atau lemah fiziknya dapat mewakilkan kepada orang lain jika ia mampu membiayainya. 
2. Ada kenderaan yang dapat membawa dirinya pergi dan pulang daripada Mekah bagi orang yang di luar mekah. 
3. Aman dalam perjalanan. ertinya, jiwa dan hartanya terjamin keselamatannya. 
4. Memiliki bekal yang cukup.Maksud disini,seseorang bakal haji itu untuk sepanjang keperluan haji yang disana atau ertinya, harta yang dimiliki cukup untuk memenuhi keperluan hidup selama mengerjakan haji, termasuk juga cukup untuk menjamin keperluan keluarga yang ditinggalkannya disepanjang pemergian hajinya itu. 
5. Bagi perempuan harus dengan suaminya atau diserta mahram atau dengan perempuan lain yang ada mahramnya (semak syarat kebenaran jemaah haji wanita di pejabat haji).

Rukun-Rukun Haji

Rukun-Rukun Haji adalah perbuatan yang wajib dikerjakan dan tidak dapat diganti dengan membayar denda. Meninggalkan salah satu rukun haji akan gugur atau tidak sah ibadah haji tersebut.Terdapat enam Rukun haji seperti berikut:

Ihram 

Ihram adalah berniat mengerjakan ibadah haji atau umrah dengan memakai pakaian ihram, pakaian berwarna putih bersih dan tidak berjahit. Pakaian tidak berjahit hanya berlaku bagi bakal jemaah lelaki. 

Wukuf di Padang Arafah  

Wukuf adalah hadir di Padang Arafah pada waktu zuhur, dimulai sejak tergelincir matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajat tanggal 10 Zulhijah (pada bulan haji). 

Tawaf

Tawaf adalah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan, dimulai dari Hajar Aswad dengan posisi Kaabah di sebelah kiri orang yang bertawaf (berputar melawan arah jam). Orang yang tawaf harus menutup aurat serta suci dari hadas dan najis. 

Jenis-Jenis Tawaf

Tawaf qudum, dilakukan ketika baru sampai di MekahTawaf ifadah, dilakukan kerana melaksanakan rukun hajiTawaf nazar, dilakukan kerana nazarTawaf sunah, dilakukan tidak kerana sebab-sebab tertentu (mencari keutamaan dalam ibadah). Tawaf wada, dilakukan apabila hendak meninggalkan mekah.Tawaf wada juga disebut sebagai tawaf shadar iaitu tawaf ingin pulang ke tanah air.

Saie

Saie adalah berlari-lari kecil antara Bukit Safa dan Marwah. Ketentuan saie harus dimulai dari Bukit Safa dan diakhiri di Bukit Marwah. Saie dilakukan sebanyak tujuh kali dan dikerjakan setelah tawaf.   

Menggunting (Mencukur) Rambut

Waktu mencukur rambut setelah melempar Jamrah Aqabah pada hari Nahar. Apabila mempunyai kurban, mencukup dilakukan setelah menyembelih haiwan korban. Mencukur rambut sekurang-kurangnya tiga helai rambut.Apa yang dikehendaki di sini ialah menanggalkan rambut di kepala sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Jika tiada rambut di kepala, boleh hanya melalukan pisau cukur di kepala sebagai menandakan kita telah bercukur atau bergunting. Waktu bagi jemaah haji boleh bercukur atau bergunting ialah selepas waktu separuh malam 10 Zulhijjah.

Tertip

Rukun yang keenam ini dimaksudkan rukun-rukun haji hendaklah dilakukan mengikut tertib pada kebanyakan rukun iaitu didahulukan niat ihram haji dari rukun-rukun yang lain. Didahulukan wukuf dari tawaf rukun dan didahulukan tawaf dari sa'ie. Tetapi sa'ie haji boleh dipilih untuk dikerjakan sebelum wukuf atau selepas wuquf dengan syarat mereka melakukan haji ifrad atau haji qiran dan dilakukan selepas tawaf qudum.

Niat Haji

لَبَّيْكَ اللهُمَّ حَجًّا
LABBAIK ALLAAHUMMA HAJJAN
Ya Allah, kupenuhi panggilan-Mu untuk berhaji.

Niat Ihram Haji

Nawaitul hajja wa ahramtu bihaa lillaahi ta’aalaa.
Ertinya: “Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala”
Foto Kredit-aldeenperasaku 

You Might Also Like

0 ulasan

Blogged.my

Like us on Facebook